Program Kolaborasi antara UTM dan Griffith University 2012

26 Nov – Sempena Program Kolaborasi antara UTM dan Griffith University 2012, Dr.Alice Sabrina telah membawa rombongan dari Australia tersebut ke Pusat KALAM untuk menerangkan sedikit sebanyak mengenai KALAM dan Program Lukisan Terukur.

Penerangan mengenai Program Lukisan Terukur oleh Dr.Alice mempamerkan kegigihan pelajar-pelajar Senibina UTM dalam mendokumentasikan senibina-senibina warisan dan bersejarah. Rombongan dari Griffith University ini kelihatan kagum dengan hasil kerja penyumbang kepada Lukisan Terukur ini dan bercadang untuk mengadakan kolaborasi bersama pihak KALAM sekiranya program ini akan dijalankan pada semester yang akan datang. Semoga semangat menjaga senibina warisan bukan hanya tertanam di KALAM, tetapi juga disebarka secara global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.