Taklimat Jurusan Senibina di SMKDAS Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

Dr.Raja Nafida bersama pelajar

Tanjung Ipoh, 26 Mac – Majlis telah berlangsung selama sehari bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari. Taklimat telah diberikan oleh empat orang alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Samad (SMKDAS), Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan iaitu Pensyarah Kanan Senibina, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Raja Nafida binti Raja Shahminan, Juruukur bahan, Mohd Nasir bin Ujang, Perancang Bandar dan Wilayah, En Rusman bin Sulaiman dan Yang Berbahagia Dato’ Dr Prof Emiretus Abdul Samad bin Hadi yang merupakan bekas Timbalan Naib Chancellor Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk memberi pandangan dan dorongan kepada pelajar SMKDAS yang akan menduduki Sijil pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dalam memilih kursus dan kerjaya yang sesuai untuk mereka. Taklimat ini diharap akan membantu pelajar untuk memfokuskan diri dalam subjek tertentu bagi membolehkan pelajar memilih kursus yang sesuai diperingkat universiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.