PRISMA 3: Rekabentuk Islamik Rumah Mampu Milik

Anda mahu menginovasi reka bentuk islamik untuk Rumah Mampu Milik? Mari sertai PRISMA 3.

Sempena Majlis Perujian Tilawah Al-Quran MAKUM 2013 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang akan diadakan pada 8-10 Mac 2013 nanti, Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) akan menganjurkan PRISMA sekali lagi. Namun pertandingan reka bentuk pada kali ini berlainan dengan tahun sebelumnya yang membawa peserta untuk mengolah idea senibina masjid.

PRISMA atau Pertandingan Rekabentuk Islamik: Senibina Masyarakat. memberi peluang dan ruang kepada mahasiswa di IPT Malaysia untuk menghasilkan rekabentuk senibina yang Islamik dalam perumahan mampu milik. 

BANNER

OBJEKTIF

  1. Mencetuskan inspirasi reka bentuk kontemporari dan kehadapan serta mamp milik bagi masyarakat di Malaysia
  2.  Menggalakkan dan mengembangkan idea rekabentuk yang inovatif dan kreatif untuk senibina rumah mampu milik berkonsepkan islamik.
  3.   Meningkatkan daya saing rekabentuk dikalangan mahasiswa IPT di Malaysia

APA CIRI PERUMAHAN ‘ISLAMIK’?

PRISMA 3 akan membuka peluang kepada peserta untuk meneroka atau memberi definisi perumahan ‘islamik’ yang mampu dimiliki.

Beberapa contoh ciri-ciri islam yang patut diterapkan dala senibina berdasarkan dalil adalah seperti berikut:

Pengasingan tempat tidur anak lelaki dan perempuan

“Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun.Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.”

(HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim)

Menyambut Tetamu (ruang)

Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan Kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan. Mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu. Maka tidak berapa lama selepas itu, dia membawa jamuan untuk mereka; seekor anak lembu yang dipanggang. (Surah Hud, ayat 69)

Terdapat banyak lagi konsep-konsep reka bentuk Islamik yang boleh diperolehi melalui dalil Quran dan hadis yang juga meraikan kebudayaan masyarakat setempat  selain daripada hukum syarak yang nyata dan jelas. Sebarang informasi tambahan mengenai konsep islamik dalam rekabentuk mahupun rumah mampu milik dan lain-lain kajian adalah atas inisiatif peserta.

 BRIF REKABENTUK

  •  kos rumah mampu milik berharga RM150,000 seunit
  •  4 unit rumah dalam satu lot tanah berukuran 60 x 100 meter – lokasi tidak ditetapkan
  • Pengguna (Klien) adalah keluarga muda yang mempunyai anak(lelaki dan perempuan)  ataupun individu-individu yang bercadang untuk membina keluarga
  •  Perlu direka untuk memenuhi keperluan pertambahan ruang (growing home)
  •  Mesra keluarga muslim dan mesra masyarakat
  • Jenis senibina rumah ditentukan oleh  peserta (contoh: rumah cluster, flat, dll)

SYARAT – SYARAT REKABENTUK ISLAMIK UNTUK RUMAH MAMPU MILIK

  1. Cadangan reka bentuk mesti menurut hukum syarak – kepilan rujukan kepada dalil Al Quran, hadis atau fatwa dalam cadangan akan dikira sebagai bonus.
  2. Reka bentuk mestilah secara logiknya boleh dibina
  3. Rekabentuk mesti disertakan dengan kos biaya pembinaan
  4. Menerapkan konsep ‘Rumah Tumbuh’ (Growing Homes)
  5. Mengambil kira pengaruh iklim dan konsep hijau dalam reka bentuk
  6. Keperluan landskap harus diambil kira

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN & PENYERTAAN

  1. Penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa IPT di Malaysia yang tidak melebihi 5 orang peserta bagi setiap kumpulan.
  2.  Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan. Walaubagaimanapun setiap penyertaan mesti didaftarkan menggunakan borang dan bayaran yuran yang berasingan.
  3. Bukti pos tidak akan diterima sebagai bukti penerimaan.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kehilangan penyertaan melalui pos.
  4. Pihak penganjur berhak menggunakan sebarang penyertaan untuk tujuan hebahan media tanpa sebarang bayaran pampasan.
  5. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat atau spesifikasi yang dikehendaki.
  6.  Kesemua lukisan penyertaan akan menjadi hak milik dan hak cipta Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

HADIAH DAN PENGIKTIRAFAN

  1. Dua kategori hadiah akan dipertandingkan.

A)    Rekabentuk Rumah Mampu Milik

HADIAH PERTAMA – Wang Tunai berjumlah RM2500.00 + Cenderahati KALAM

HADIAH KEDUA – Wang Tunai berjumlah RM1500.00 + Cenderahati KALAM

HADIAH KETIGA – Wang Tunai berjumlah RM1000.00 + Cenderahati KALAM

3 X SAGU HATI – Wang Tunai RM150.00 + Cenderahati KALAM

 

B)    Persembahan Multimedia

HADIAH PERTAMA – Wang Tunai berjumlah RM1500.00 + Cenderahati KALAM

HADIAH KEDUA – Wang Tunai berjumlah RM1000.00 + Cenderahati KALAM

HADIAH KETIGA – Wang Tunai berjumlah RM750 + Cenderahati KALAM

3 X SAGU HATI – Wang Tunai RM150.00 + Cenderahati KALAM

PEMENANG MARKAH TERKUMPUL – Piala pusingan Hijjaz Kasturi bernilai RM10,000

 

  1. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan
  2. Pihak penganjur berhak menukar atau menggantikan hadiah-hadiah di atas dengan hadiah atau ganjaran yang lain yang sama nilai dengannya tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada para pemenang.

PENDAFTARAN & YURAN

  1. Pendaftaran penyertaan adalah secara online di pautan ini [KLIK DI SINI] 
  2. Pendaftaran secara online akan dibuka sehingga pada hari Jumaat, 1 Mac 2013 jam 5.00 petang.
  3. Yuran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak RM 500.00.
  4. Bayaran boleh dilakukan melalui Deposit Tunai/ Online Transfer/L/O/wang pos/cek berpalang kepada/atas nama BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA  , A/C NO. 0118-0000001-05-1 (CIMB Bank Bhd, Cawangan UTM Skudai)
  5. Bukti pembayaran perlu dihantar kepada pihak urusetia melalui emel atau pos kepada alamat berikut:

emel: utmkalam@gmail.com

URUSETIA PERTANDINGAN REKABENTUK ISLAMIK SENIBINA MASYARAKAT (PRISMA),

Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina,

Universiti Teknologi Malaysia, 81310,UTM Skudai, Johor DarulTa’zim.

(u.p : Puan Jamilia Mohd Marsin)

PENYERAHAN HASIL KERJA (SUBMISSION)

  1. Bahan persembahan reka bentuk (Poster dan Multimedia) harus diserahkan kepada urusetia pada hari pendaftaran iaitu 8 Mac 2013 semasa pendaftaran,
  2. Kesemua lukisan hendaklah dipersembahkan di atas 4 keping poster (mounted) yang berukuran A1 sahaja. (4 x A1 mounted poster)
  3. Peserta juga harus menghantar hasil kerja dalam bentuk DIGITAL (Cakera padat CD/DVD) bagi simpanan pihak penganjur. Lukisan manual perlu diimbas dan dimuatkan kedalam persembahan secara digital.
  4. Nama peserta dan nama institusi TIDAK DIBENARKAN dipamer pada bahagian muka panel. Nama-nama peserta, kad pengenalan dan institusi hendaklah diletakkan dibawah penjuru sebelah kanan pada bahagian belakang lukisan.
  5. Penerangan boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  Penerangan tersebut hendaklah digabungkan pada lukisan persembahan.
  6. Selain daripada keperluan di atas, penyertaan juga diperlukan untuk membuat persembahan dalam bentuk multimedia (video, flash,dll). Persembahan rekabentuk dalam bentuk multimedia hendaklah tidak melebihi 10 minit. Gaya persembahan adalah terpulang kepada daya kreativiti para peserta.

KRITERIA PENILAIAN

1.   Semua penyertaan akan dinilai berpandukan kepada kriteria-kriteria berikut:

  • Rekabentuk yang tulen.
  • Ide yang bernas, kreatif dan inovatif.
  • Indah dan berfungsi.

2. Lukisan persembahan, penerangan inspirasi, falsafah, ciri-ciri utama rekabentuk hendaklah merangkumi:

  •  Pelan tapak
  •  Pelan lantai
  • Pandangan depan,belakang dan sisi
  • Keratan rentas
  • Pandangan perspektif
  • Butiran pembinaan & bahan binaan
  • Butiran kos biaya

3.   Keputusan hakim adalah muktamad dan segala rayuan tidak akan dilayan.

 PINDAAN KEPADA PERATURAN

Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang  akan dibuat dari masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.