Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)

Pengarah KALAM, Dr Raja Nafida Raja Shahminan bersama seorang Pegawai Penyelidik KALAM, Ungku Nur Haniz Ungku Mohd Aziz dan seorang pelajar PhD, Fadhlina Ahmad telah ke Melaka pada 21 mei 2012 yang lalu untuk berjumpa dengan Pengarah PERZIM, Dato Khamis bin Hj Abas.Tujuan lawatan ke PERZIM adalah untuk mencari peluang usahasama KALAM bersama PERZIM. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Puan Latifah yang telah membentangkan tentang kerja-kerja pembaikpulihan rumah lama di Negeri Melaka.

Dalam pertemuan tersebut, Pihak KALAM dan PERZIM telah bersetuju untuk membuat usaha sama dalam mendokumentasikan sebuah kampung warisan di Melaka iaitu Kampung Melaka Pindah. Seramai 39 orang pelajar tahun 3 dan 6 orang pensyarah akan menyertai program usaha sama ini yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Ogos 2012 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.