Pameran KALAM sempena UTMost Imagination, Padang Kawat, UTM

UTM, 1 April – Semasa Festival Inovasi dan Kreativiti, UTMost Imagination 2012 yang diadakan pada 30 Mac hingga 1 April yang lepas, Pusat KALAM telah turut serta memeriahkan lagi acara tersebut dengan membuka gerai pameran di bawah Research Allience Sustainability. UTMost ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar sekolah dari tahap taska, tadika, sekolah rendah hingga ke sekolah menengah untuk mengenali UTM dengan lebih dekat melalui aktiviti yang dijalankan. Oleh itu Pusat KALAM mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan kepentingan pelajaran sejarah dan budaya terhadap pembentukkan jati diri generasi harapan ini. Pusat KALAM mempamerkan hasil projek pemuliharaan Rumah Dato’ Biji Sura di Kuala Terengganu.

Semasa festival tersebut berjalan, Pegawai Penyelidik Pusat KALAM telah memberikan penerangan tentang pentingnya ilmu tentang sejarah dan warisan senibina kepada pelajar-pelajar sekolah yang hadir khususnya pelajar –pelajar di peringkat sekolah menengah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.