NEWS

The Star

Collaboration on unique subject

Wednesday, 9 December 2015 BY NORBAITI PHAHARORADZI

Prof Muhd Zaimi (right) and Azim exchanging a mock-up of the book at the MoU signing ceremony.

Prof Muhd Zaimi (right) and Azim exchanging a mock-up of the book at the MoU signing ceremony.

JOHOR BAHRU: In an effort to meet the needs of research and publications in the architecture field, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has collaborated with an architect’s firm to publish a book on the architecture of heritage mosques.

UTM Faculty of Chemical and Energy Engineering senior director Prof Dr Muhd Zaimi Abdul Majid said the collaboration between UTM’s Centre for the Study of Built Environment in the Malay World (Kalam) and ATSA Architects Sdn Bhd would help to disseminate information about the architecture of historical and heritage mosques in Malaysia.

“The collaboration started about two years ago, in 2013, and the project includes 112 articles on the 112 selected mosques in Malaysia.

“Of the 112 articles, 13 came from Kalam and the articles were written by six lecturers from the centre,” he said after the memorandum of understanding signing ceremony at UTM.

Prof Muhd Zaimi said the 13 heritage mosque articles by Kalam included Kuala Lumpur’s Masjid Jamek, Sultan Alauddin Mosque in Banting, Sultan Abu Bakar Mosque in Johor, Udang Kamar Mosque in Negri Sembilan and Kampung Keling Mosque in Malacca.

He said the book entitled Masjid: Selected Mosques and Musollas in Malaysia, is expected to be priced below RM300.

ATSA Architects Sdn Bhd chief executive officer Azim Abdul Aziz said that as of now, the monograph is undergoing the last editing session before it could be published and become a reference book.

He said the 800-page book is expected to be completed by the end of January 2016. It will be available to the public soon after at selected bookstores as well as via www.amazon.com.

“The book will cover all aspects of heritage as well as new mosque architectures, including their historical stories for the reader to get more information about the mosques featured in this book,” he said.

Meanwhile, Kalam director Assoc Prof Dr Raja Nafida Raja Shahminan said some of the profits from the collaboration would be channelled to Kalam to assist with their future research projects.

She also said that the book would be available in English to attract researchers and individuals from foreign countries to understand about Malaysian mosques architecture and to further understand the elements.

The Star Online : Collaboration on Unique Subject


Utusan Malaysia:

Seni bina Johor diterap 
di semua masjid

Fakulti Alam Bina UTM bantu aspek reka bentuk

MAZNAH MOHD. ARSAD  |  02 Mac 2015 12:13 AM

MOHAMED KHALED NORDIN melakukan pecah tanah untuk projek pembinaan masjid di Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

MOHAMED KHALED NORDIN melakukan pecah tanah untuk projek pembinaan masjid di Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

PASIR GUDANG 1 Mac – Kerajaan negeri bakal memberi perhatian kepada aplikasi seni bina yang mempamerkan identiti Johor dalam pelan pembinaan masjid di seluruh negeri pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pada masa kini reka bentuk dan seni bina masjid di negeri ini

adalah pelbagai dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Fakulti Alam Bina diharap dapat memberi cadangan reka bentuk yang bersesuaian.

“Masjid Sultan Abu Bakar di bandar raya ini boleh dijadikan contoh, dan mungkin suatu kajian perlu dilakukan bagi mengemukakan cadangan baru.

“Selain masjid, dewan raya dan balai raya juga boleh dijadikan identiti kerana sebelum ini ia hanya ditonjolkan menerusi

pemakaian seperti baju teluk belanga,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Masjid Besar Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Masjid Besar Bandar Seri Alam yang dijangka siap pada awal tahun depan membabitkan kos pembinaan sejumlah RM9juta. Ia dijangka mampu menampung kira-kira 1,800 jemaah pada suatu masa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas berkata, buat masa ini terdapat 24 masjid baru dalam pembinaan dan

kerajaan negeri menyasarkan 80 masjid baharu dalam tempoh 14 hingga 18 bulan mulai sekarang.

Menurutnya, kos keseluruhan bagi pembinaan kemudahan berke-naan adalah RM164juta dengan 75 peratus pembiayaan kerajaan pusat dan bakinya oleh kerajaan negeri.

“Pembinaan masjid baru ini mampu menampung keperluan umat Islam bagi menunaikan ibadah solat dan mengadakan aktiviti keagamaan,” katanya.

Utusan Online : Seni bina Johor diterap 
di semua masjid


Utusan Malaysia:

UTM mahu dokumentasi bangunan di Asia Tenggara

Mahmud Mohd. Jusan (tiga dari kiri) mendengar taklimat yang disampaikan oleh pelajar Rajamangala University of Technology Thanyaburi (RMUTT ) dalam Bengkel Kerjasama Senibina Antarabangsa di Johor Bahru, kelmarin. – Bernama

Mahmud Mohd. Jusan (tiga dari kiri) mendengar taklimat yang disampaikan oleh pelajar Rajamangala University of Technology Thanyaburi (RMUTT ) dalam Bengkel Kerjasama Senibina Antarabangsa di Johor Bahru, kelmarin. – Bernama

JOHOR BAHRU 28 Okt. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhasrat menjadi pelopor dalam usaha mendokumentasikan bangunan warisan di seluruh rantau Asia Tenggara menerusi Pusat Kajian Alam Bina Me­layu (Kalam) di bawah Fakulti Alam Bina yang ditubuhkan pada perte­ngahan tahun 1990-an.

Pensyarah Kanannya, Dr. Alice Sabrina Ismail berkata, usaha tersebut penting bagi memastikan identiti dan seni bina warisan tempatan terus terpelihara dan dapat dikekalkan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Menurutnya, hingga kini Kalam telah mendokumentasikan kira-kira 400 bangunan seni bina warisan dari negara ini dan Indonesia sejak usaha tersebut dimulakan pada tahun 1970-an.

“Kita berharap selepas ini akan mendapat kerjasama daripada universiti di Thailand untuk sama-sama mendokumentasikan bangunan warisan yang terdapat di negara berkenaan,” katanya selepas menghadiri Bengkel Kerjasama Senibina Antarabangsa di sini semalam.

Program sehari itu disertai 30 penuntut UTM dan 27 mahasiswa Fakulti Senibina, Rajamangala University of Technology Thanyaburi (RMUTT) dan Fakulti Senibina daripada Rangsit University, Thailand.

Yang turut hadir, Timbalan Dekan Fakulti Alam Bina UTM, Prof. Madya Dr. Mahmud Mohd. Jusan dan Timbalan Dekan Fakulti Senibina RMUTT, Prof. Madya Dr. Nattakrist Supakornpinthakoopt.

Alice berkata, kerja-kerja mendokumentasikan itu melibatkan lukisan pelan asal bangunan, sejarah dan latar belakang bangunan serta pemiliknya serta model binaan bangunan berkenaan.

Antara bangunan warisan yang telah didokumentasikan Kalam termasuk Masjid Sultan Abu Bakar, rumah Minangkabau, bangunan kolonial, istana diraja serta makam dan kubu-kubu peninggalan.

Utusan Online : UTM mahu dokumentasi bangunan di Asia Tenggara


Utusan Malaysia:

WarisanMelayu perlu dominan

RAIS YATIM  |  06 Mei 2014

3


Borneo Bulletin:

Assimilation of MIB into Brunei architecture

AZLAN OTHMAN  |  05 FEBRUARY 2013

2


Berita Harian:

13 bangunan hospital dikaji

Pelajar UTM dokumentasi pusat perubatan di Johor, Selangor

UMI NADIRAH ABDUL RAHMAN  |  15 Oktober  2009

1


Utusan Malaysia:

Pulihara rumah tradisional

Kediaman di Negeri Sembilan berbeza dengan rumah Minangkabau

FARABI SHEIKH SAID AL JABRI |  17 Julai  2009

4


Utusan Malaysia:

Pesta adat perpatih meriah

Keunikan masyarakat Minangkabau terserlah

HUSSAINI AMRAN |  15 Julai  2009

5