Lawatan Tinjauan Rembau Negeri Sembilan

Pada tanggal 2 Februari, ahli- ahli KALAM yang terdiri dari Pengarah KALAM Dr Raja Nafida Raja Shahminan bersama Dr Fawazul Khair Ibrahim, Juruteknik Kanan, Tuan Haji Abdul Majid Yassin dan Pegawai Penyelidik KALAM, Jamilia Mohd Marsin telah bermusafir ke Rembau Negeri Sembilan bagi meninjau dua bangunan warisan yang akan di dokumentasikan oleh Pusat KALAM di kawasan tersebut.

Kunjungan kami ke Masjid Nerasau, Rembau telah di sertai oleh Dato’ Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki, Pengasas Yayasan As Sofa dan beliau telah sudi membawa kami melawat dan menerangkan serba sedikit tentang sejarah Masjid Nerasau tersebut. Kami juga dibawa melawat salah sebuah rumah warisan peninggalan keluarga beliau seterusnya melawat Yayasan As Sofa.
Kunjungan kami diakhiri dengan jamuan makan tengahari di salah sebuah warung yang menyajikan masakan khas lauk pauk Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.