Kampung Melaka Pindah

28 – 29 Mei  – Ekoran dari perbincangan dengan pihak PERZIM pada 21 Mei yang lalu, 3 orang wakil Pusat KALAM iaitu Dr Raja Nafida Raja Shahminan, Pegawai Penyelidik KALAM, Puan Norazila Kamaruzaman dan Juruteknik Kanan, Encik Azman Mohamed telah menjalankan tinjauan awal ke Kampung Melaka Pindah pada 28 dan 29 Mei 2012 yang lalu.
Tujuan tinjauan awal ini adalah untuk mengenalpasti lokasi Kampung Melaka Pindah, mengenalpasti bangunan kajian yang akan di dokumentasikan dan berjumpa dengan wakil masyarakat kampung bagi menyatakan hasrat kajian.
Perjumpaan bersama wakil masyarakat, Tok Sidang Tuan Haji Mohammad Noor bin Ahmad yang merupakan Tok Sidang dan Tuan Haji Omar yang merupakan ahli jawatankuasa kemajuan kampung tersebut serta Puan Latifah dari PERZIM telah diadakan di Balai raya Kampung Melaka Pindah. Projek inventori Melaka Pindah merupakan projek kerjasama dengan pihak PERZIM terhadap Kampung Melaka Pindah yang telah diwartakan sebagai kampung warisan setelah 500 tahun pertapakkannya di kawasan tersebut.

Daripada keseluruhan rumah di kawasan perkampungan tersebut, 2 buah rumah tradisional dan sebuah rumah kedai telah terpilih untuk dijalankan kerja-kerja pendokumentasian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.