Bengkel ‘Melaka World Heritage Office Workshop Series on Heritage Shophouses’

 

Dr.Wan Hashimah, FAB, UTM

Dr.Raja Nafida, pengarah KALAM

Pada 21 Mac 2012, pihak Melaka World Heritage Office telah menganjurkan bengkel selama satu hari bagi membincangkan tentang masalah rumah kedai yang terletak di zon pemuliharaan di Melaka. Pengarah KALAM, Dr Raja Nafida Raja Shahminan dan salah seorang ahli KALAM, Dr Wan Hashimah Wan Ismail yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Melaka World Heritage telah membentangkan dua kertas kerja pada sesi bengkel tersebut. Bengkel ini telah disertai oleh ahli akademik dari seluruh Malaysia, arkitek di sekitar Melaka dan juga pegawai-pegawai Majlis Perbandaran dari seluruh Malaysia.

 

Sesi kedua bengkel ini adalah lawatan tapak ke salah sebuah rumah kedai berdekatan Masjid Kampung Hulu, Melaka yang sedang dalam pembinaan untuk dijadikan sebuah hotel. En Rosli Haji Mohd Nor, Pengarah Melaka Wold Heritage Melaka bersama arkitek yang terlibat dalam proses pembaikpulihan tersebut telah sudi berkongsi pengalaman mereka dalam menjayakan projek tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.