Bengkel Kartun – “Menterjemah Warisan menerusi Kartun!”

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) UTM Johor Bahru akan menganjurkan program “Bengkel Kartun – Menterjemah Warisan Menerusi Kartun” dengan penekanan kepada penghargaan terhadap seni dan warisan tanah air dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh seluruh lapisan masyarakat, iaitu menerusi seni lukisan kartun.

Program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam serta menggalakkan perkembangan minda kreatif di kalangan para peserta. Karya-karya yang terpilih akan diterbitkan di dalam bentuk majalah.

Daftar sekarang untuk menikmati promosi sehingga 20%!
Pendaftaran melalui link berikut: https://goo.gl/forms/mc1pNix5NTRBel3I2

MODUL A
Tarikh: 25 November 2018 (Ahad)
Peserta: Terbuka kepada Orang Awam

MODUL B
Tarikh: 26 November 2018 (Isnin)
Peserta: Pelajar Sekolah Rendah, Menengah & Pelajar Institusi Pengajian Tinggi.

Masa: 8:15 pagi – 5:00 petang
Tempat: Dewan Konvensyen B12, Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM Johor Bahru

 

Hubungi Kami:
Untuk maklumat lanjut, hubungi sekretariat KALAM UTM melalui;
Telefon: 07-555 7345 / 555 7346
Whatsapp: 017-730 3136 / 012-759 8079
E-mel: utmkalam@gmail.com
Facebook: Kalam UTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.