BACKGROUND

Pengenalan 

Pusat KALAM ini telah ditubuhkan pada bulan Jun 1996 di atas landasan kerja Lukisan Terukur yang telah dihasilkan oleh para pelajar di Jabatan Senibina, Universiti Teknologi Malaysia kerana kekhuatiran akan kehilangan warisan senibina Malaysia. Usaha mendokumentasikan bangunan-bangunan tradisional telah bermula sejak tahun 1975 lagi. Kini Pusat KALAM mempunyai misi untuk mengkaji dan memahami dunia Melayu yang mengunjur luas di benua Asia dan kepulauan Pasifik bagi mendalami faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan alam bina dan budaya-budaya yang terdapat di dunia Melayu.

Objektif

  1. Menyediakan data yang boleh dipercayai tentang seni bina dan alam bina warisan dunia Melayu menerusi kajian dan dokumentasi yang berterusan.
  2. Mendidik dan menyebarkan pengetahuan mengenai kepentingan seni bina dan alam bina warisan dunia melayu melalui pembelajaran, latihan, seminar, pameran dan penerbitan.
  3. Menyediakan servis dan perundingan dalam rekabentuk dan pemuliharaan.

Matlamat

Menjadi  pusat rujukan nasional  berdasarkan  arkib   ,perkhidmatan, latihan dan perundingan mengenai seni bina dan alam bina warisan lingkungan Melayu

Visi

Menjadikan Pusat KALAM sebagai pusat rujukan antarabangsa tentang seni bina warisan dunia Melayu

Misi

Meneraju pembangunan yang mampan budaya dan penjagaan seni bina warisan di dunia Melayu


Introduction

The KALAM Centre was set up in June 1996 on the foundation of numerous intricate measured drawing works of historical buildings out of concern for the rapid disintegration and elimination of Malaysia‘s architectural heritage. The documentation of heritage buildings has started since 1975. Today the Centre is geared towards a wider concern for the understanding of the Malay World which stretches out to a greater part of the Asian continent and the Pacific archipelago towards a better understanding of the factors influencing the relationship between built form and the many cultures of the Malay World.

Objectives

  1. To provide credible data on the architectural and built environment heritage of the Malay world through continuous documentation and research
  2. To educate and disseminate the importance of architectural and   built environment heritage of the Malay world through teaching, training, seminars, exhibition, publication
  3. To provide service and consultancy in design and conservation

Aim

To become national centre in archive, service, training and consultancy of architectural and built heritage of the Malay world

Vision

To become an internationally referred centre on built environment heritage of the Malay World 

Mision

To lead in the culturally sustainable development and protection of architectural heritage of the Malay world.