Jelajah Keris ke Pantai Timur

Ekoran dari pandangan DYMM Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir mengenai senjata Melayu terutamanya keris sebagai alat kebesaran di raja, Pengarah KALAM Dr Raja Nafida Raja Shahminan telah diperkenankan mengadap pada 17 Mac 2012 bagi menyampaikan hasrat kesediaan Pusat KALAM menjadi penasihat dalam pembuatan keris di raja tersebut. Pihak KALAM telah diberi kepercayaan untuk memilih salah seorang tukang bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Sewaktu cuti semester pada 9 sehingga 12 April 2012, 3 orang ahli KALAM yang terdiri daripada puan Pengarah sendiri dan pakar keris, Pensyarah Kanan Dr Fawazul Khair Ibrahim dan Juruteknik Kanan, Tuan Haji Abdul Majid Yassin telah menggembara ke Kelantan dan Terengganu bagi menemui beberapa orang tukang keris yang terkenal di kedua daerah tersebut. Lawatan 4 hari tersebut telah di jalankan dengan jayanya dan kata sepakat telah diambil untuk memilih Encik Rashidee bin Nik Hussein sebagai tukang keris diraja.

Beliau kemudiannya dibawa mengadap DYMM Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 13 April 2012 bagi membincangkan tentang rekabentuk keris tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.